Tuesday, August 3, 2010

Ibadah

KEWAJIPAN HAJI DAN UMRAH

BAHAGIAN A


1. Antara berikut yang manakah perkara rukun haji?
A. Tawaf
B. Bercukur
C. Niat ihram di miqat
D. Wukuf di Padang Arafah

2. Hikmah disyariatkan upah haji ialah
A. melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan
B. memberi peluang kepada anak atau keluarga berbakti
C. meneguhkan hubungan persaudaraan umat Islam
D. meningkatkan keimanan


3.

• Sebagai simbol membersihkan diri daripada segala sifat tercela
• Menghapuskan dosa

Pernyataan di atas ialah hikmat
A. Saie
B. Tertib
C. Tawaf
D. Bercukur

4.______________ ialah sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat
ihram haji atau umrah.

5. Para jemaah haji atau umrah ditegah melakukan perkara ____________________
setelah berniat ihram.

6.
Perkara Wajib


A. Bermalam di muzdhalifah
B. Bermalam di mina
C. Berniat Ihram di Miqat
D. _____________


D dalam rajah di atas ialah ______________________


7.
Perkara yang dilarang ketika Ihram

E.______________
F. memotong
G. Memakai wangian
H._______________



BAHAGIAN B

1. Nyatakan perbezaan antara rukun haji dan wajib haji.

2. Senaraikan perkara wajib haji satu-persatu.

3. Jelaskan maksud miqat haji serta jenis-jenisnya.

4. Melontar Jamrah al-Aqabqh adalah pada hari kesepuluh Zulhijjah dengan
niat kerana Allah SWT.

Nyatakan dua daripada syarat-syarat sah melontar.

5. Di manakah jemaah haji Malaysia perlu berniat ihram haji sekiranya ,

i. Penerbangan terus ke Madinah
ii. Penerbangan ke Jeddah

No comments:

Post a Comment