Wednesday, August 4, 2010

SIRAH NABAWIYAH.

Masyarakat Arab Sebelum dan Selepas Islam.

1. Nyatakan keadaan masyarakat Arab Jahiliah sebelum Islam.
2. Senaraikan empat kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah sebelum Islam.
3. Bezakan masyarakat Hadhari dan masyakarat Badwi.
4. Jelaskan perubahan yang dibawa oleh Islam terhadap kehidupan masyarakat
jahiliyyah.

Riwayat Hidup Rasulullah SAW.

1. Bilakah Rasulullah SAW dilahirkan?
2. Mengapakah tahun tersebut dinamakan Tahun Gajah?
3. Apakah pekerjaan Rasulullah SAW semasa kecil?
4. Jelaskan dua hikmah di sebalik pekerjaan mengembala kambing.
5. Mengapakah Rasulullah SAW digelar al-Amin?
6. Nyatakan empat sifat terpuji Rasulullah SAW yang perlu dicontohi untuk
menjadi anak yang bertanggungjawab .

Saidatina Khadijah bt Khuwailid ra.

1. Terangkan dengan ringkas riwayat hidup Saidatina Khadijah binti Khuwailid
2. Jelaskan dua sifat peribadi saidatina Khadijah.
3. Jelaskan dua sumbangan Saidatina Khadijah binti Khuwailid dalam membantu
menegakkan perjuangan Rasulullah SAW.
4. Nyatakan dua faedah mencontohi sifat mulia saidatina Khadijah.

Sumaiyah Ummu Amar bin Yaasir.

1. Senaraikan riwayat hidup Sumaiyah.
2. Terangkan sumbangan dan pengorbanan Sumaiyah.
3. Siapakah yang membunuh keluarga Yaasir?
4. Jelaskan tiga iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa keluarga Sumaiyah.

Bilal bin Rabah.

1. Nyatakan dengan ringkas riwayat hidup Bilal bin Rabah.
2. Nyatakan dua bentuk penyeksaan yang dihadapi oleh Bilal bin Rabah.
3. Apakah sikap Bilal ketika menerima seksaan?
4. Berikan tiga teladan yang dapat dicontohi daripada sikap yang ditunjukkan oleh Bilal bin Rabah di dalam menegakkan Islam.

No comments:

Post a Comment