Wednesday, August 4, 2010

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH.

ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA

(a) 1. Siapakah ahli keluarga ?.

2. Senaraikan empat adab bergaul dengan keluarga.

3. Nyatakan kebaikan menjaga adab bergaul dengan keluarga.

4. Jelaskan amalan-amalan yang menyalahi adab bergaul dengan keluarga.

(b) 1. Terangkan akibat tidak menjaga adab berkeluarga terhadap diri ?


2. Terangkan akibat tidak menjaga adab berkeluarga terhadap masyarakat.

3. Jelaskan kemungkinan yang akan terjadi sekiranya anggota keluarga sentiasa berpecah belah.

4. Terangkan faktor-faktor berlaku salah faham dalam hubungan kekeluargaan.

5. Pada pendapat anda, mengapakah berleku kejadian sumbang mahram dalam masyarakat Islam.

6. Terangkan dua batas pergaulan yang perlu dijaga ketika bersama dengan keluarga.

7. Kemukakan dua sebab seseorang anak gadis dikehendaki menjaga adabnya ketika bergaul dengan keluarga.


ADAB BERGURU


1. Siapakah guru ?.
2. Terangkan cara-cara beradab dengan guru.
3. Senaraikan tiga perbezaan antara pelajar beradab dengan relajar tidak beradab.
4. Jelaskan usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengenang jasa guru.
5. Terangkan hikmah menghormati guru.
6. Huraikan akibat derhaka kepada guru.




ADAB MENJAGA HARTA SEKOLAH

1. Sebagai pelajar nyatakan cara-cara menjaga harta benda sekolah
2. Jelaskan faedah menjaga harta benda sekolah.
3. Terangkan akibat tidak menjaga harta benda sekolah.
4.Kemukakan dua cadangan bagi menangani sikap pelajar yang suka merosakkan harta benda sekolah.
5. Nyatakan sebab masih terdapat buku-buku pinjaman yang koyak dan rosak.

SIRAH NABAWIYAH.

Masyarakat Arab Sebelum dan Selepas Islam.

1. Nyatakan keadaan masyarakat Arab Jahiliah sebelum Islam.
2. Senaraikan empat kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah sebelum Islam.
3. Bezakan masyarakat Hadhari dan masyakarat Badwi.
4. Jelaskan perubahan yang dibawa oleh Islam terhadap kehidupan masyarakat
jahiliyyah.

Riwayat Hidup Rasulullah SAW.

1. Bilakah Rasulullah SAW dilahirkan?
2. Mengapakah tahun tersebut dinamakan Tahun Gajah?
3. Apakah pekerjaan Rasulullah SAW semasa kecil?
4. Jelaskan dua hikmah di sebalik pekerjaan mengembala kambing.
5. Mengapakah Rasulullah SAW digelar al-Amin?
6. Nyatakan empat sifat terpuji Rasulullah SAW yang perlu dicontohi untuk
menjadi anak yang bertanggungjawab .

Saidatina Khadijah bt Khuwailid ra.

1. Terangkan dengan ringkas riwayat hidup Saidatina Khadijah binti Khuwailid
2. Jelaskan dua sifat peribadi saidatina Khadijah.
3. Jelaskan dua sumbangan Saidatina Khadijah binti Khuwailid dalam membantu
menegakkan perjuangan Rasulullah SAW.
4. Nyatakan dua faedah mencontohi sifat mulia saidatina Khadijah.

Sumaiyah Ummu Amar bin Yaasir.

1. Senaraikan riwayat hidup Sumaiyah.
2. Terangkan sumbangan dan pengorbanan Sumaiyah.
3. Siapakah yang membunuh keluarga Yaasir?
4. Jelaskan tiga iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa keluarga Sumaiyah.

Bilal bin Rabah.

1. Nyatakan dengan ringkas riwayat hidup Bilal bin Rabah.
2. Nyatakan dua bentuk penyeksaan yang dihadapi oleh Bilal bin Rabah.
3. Apakah sikap Bilal ketika menerima seksaan?
4. Berikan tiga teladan yang dapat dicontohi daripada sikap yang ditunjukkan oleh Bilal bin Rabah di dalam menegakkan Islam.

Tuesday, August 3, 2010

Ibadah

KEWAJIPAN HAJI DAN UMRAH

BAHAGIAN A


1. Antara berikut yang manakah perkara rukun haji?
A. Tawaf
B. Bercukur
C. Niat ihram di miqat
D. Wukuf di Padang Arafah

2. Hikmah disyariatkan upah haji ialah
A. melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan
B. memberi peluang kepada anak atau keluarga berbakti
C. meneguhkan hubungan persaudaraan umat Islam
D. meningkatkan keimanan


3.

• Sebagai simbol membersihkan diri daripada segala sifat tercela
• Menghapuskan dosa

Pernyataan di atas ialah hikmat
A. Saie
B. Tertib
C. Tawaf
D. Bercukur

4.______________ ialah sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat
ihram haji atau umrah.

5. Para jemaah haji atau umrah ditegah melakukan perkara ____________________
setelah berniat ihram.

6.
Perkara Wajib


A. Bermalam di muzdhalifah
B. Bermalam di mina
C. Berniat Ihram di Miqat
D. _____________


D dalam rajah di atas ialah ______________________


7.
Perkara yang dilarang ketika Ihram

E.______________
F. memotong
G. Memakai wangian
H._______________



BAHAGIAN B

1. Nyatakan perbezaan antara rukun haji dan wajib haji.

2. Senaraikan perkara wajib haji satu-persatu.

3. Jelaskan maksud miqat haji serta jenis-jenisnya.

4. Melontar Jamrah al-Aqabqh adalah pada hari kesepuluh Zulhijjah dengan
niat kerana Allah SWT.

Nyatakan dua daripada syarat-syarat sah melontar.

5. Di manakah jemaah haji Malaysia perlu berniat ihram haji sekiranya ,

i. Penerbangan terus ke Madinah
ii. Penerbangan ke Jeddah

SIRAH DAN TAMADUN ISLAM

21) Piagam Madinah

a. Apakah maksud Piagam Madinah ?

b. Jelaskan peristiwa yang berlaku sebelum penggubalan Piagam
Madinah

c. Senaraikan isi-isi kandungan Piagam Madinah.

d. Terangkan kesan Piagam Madinah.

e. Jelaskan hikmah di sebalik pembentukan Piagam Madinah.

f.Nyatakan kepentingan peraturan dalam kehidupan manusia

g. Nyatakan akibat tidak mematuhi peraturan



22) Perjanjian Hudaibiah

a. Nyatakan maksud Perjanjian Hudaibiah

b. Bilakah tarikh Perjanjian Hudaibiah ditandatangani dan mengapa
dinamakan demikian ?

c. Terangkan sebab-sebab yang membawa kepada Perjanjian
Hudaibiah

d. Senaraikan tiga isi kandungan Perjanjian Hudaibiah

e. Kemukakan tiga hikmah Perjanjian Hudaibiah

f. Nyatakan persiapan Rasulullah SAW semasa mengerjakan umrah

g. Jelaskan tiga tindakan susulan yang dibuat selepas Perjanjian Hudaibiah






23) Pembukaan Kota Mekah

a. Tuliskan tarikh berlaku Pembukaan Kota Mekah

b. Nyatakan sebab dinamakan Pembukaan Kota Mekah

c. Nyatakan strategi Rasulullah SAW semasa Pembukaan Kota Mekah

d. Senaraikan langkah-langkah Rasulullah SAW selepas berjaya menawan Kota Mekah

e. Terangkan faktor-raktor yang membawa kepada kejayaan Pembukaan Kota Mekah

f. Senaraikan tiga kesan Pembukaan Kota Mekah

g. Pembukaan Kota Mekah menjadi bukti bahawa Islam adalah agama
yang harmoni. Bincangkan pernyataan di atas.

Ibadah

16) Solat sunat aidil-fitri dan solat sunat aidil-adha

a. Nyatakan maksud solat sunat aidil-fitri dan solat sunat aidil-adha

b. Senaraikan amalan-amalan yang boleh dilakukan sebelum
menunaikan solat sunat aidil-fitri dan solat sunat aidil-adha

c. Terangkan bilangan takbir dan tasbih ketika menunaikan solat sunat
aidil-fitri dan solat sunat aidil-adha


d. Kemukakan perbezaan antara solat sunat hari raya dengan solat
Jumaat

e. Terangkan hikmah solat hari raya

f. Senaraikan kepentingan takbir raya


19) Zakat harta

a. Nyatakan pengertian zakat harta

b. Kemukakan perbezaan antara zakat, sedekah dan cukai

c. Senaraikan syarat-syarat wajib zakat harta

d. Nyatakan jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat

e. Terangkan hikmah mengeluarkan zakat harta

f. Senaraikan lapan asnaf penerima zakat

g. Kemukakan hikmah penetapan asnaf penerima zakat

h. Jelaskan peranan Pusat Pungutan Zakat

i. Tuliskan dua cadangan untuk meningkatkan kesedaran umat Islam mengenai kepentingan mengeluarkan zakat

Akidah

6) Sifat-sifat Rasul

a. Senaraikan sifat-sifat wajib bagi Rasul

b. Senaraikan sifat-sifat mustahil bagi Rasul

c. Nyatakan sifat yang harus bagi Rasul

d. Terangkan kepentingan mencontohi sifat-sifat wajib bagi Rasul



7) Kesan beriman kepada Rasul

a. Nyatakan kesan beriman kepada rasul terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara

b. Jelaskan sebab manusia perlu mencontohi para Rasul

c. Terangkan akibat menolak sunnah Rasul terhadap individu, keluarga dan masyarakat dan negara

d. Kemukakan implikasi yang menimpa pelajar yang berakhlak buruk



8) Ismatur-Rasul

a. Nyatakan pengertian ismatur-Rasul

b. Terangkan hikmah Rasul bersifat maksum

c. Senaraikan sebab-sebab rasul dilantik di kalangan manusia

d. Berikan pengertian mukjizat

e. Senaraikan jenis-jenis mukjizat beserta contoh

f. Jelaskan tujuan Allah mengurniakan mukjizat kepada Rasul

g. Senaraikan contoh-contoh mukjizat nabi-nabi berikut:
- Nabi Ibrahim, Nabi Salleh, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Sulaiman,
Nabi Yunus & Nabi Muhammad


10) Dosa jambatan ke neraka

a. Apakah maksud dosa ?

b. Senaraikan pembahagian dosa beserta contohnya

c. Terangkan cara-cara untuk menghapuskan dosa

d. Kemukakan dua perbezaan antara dosa dan pahala

e. Senaraikan nama-nama lain bagi dosa sebagaimana yang dinyatakan
dalam al-Quran.


11) Al-Hisab perhitungan yang adil

a. Nyatakan pengertian al-Hisab

b. Kemukakan proses pelaksanaan al-Hisab

c. Senaraikan kepentingan beriman dengan al-Hisab dalam kehidupan

d. Terangkan hikmah al-hisab

e. Nyatakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah pada hari akhirat.


12) Al-Mizan neraca keadilan

a. Berikan pengertian al-Mizan

b. Senaraikan kepentingan manusia beriman dengan al-Mizan

c. Kemukakan perbezaan antara al-Mizan dengan al-Hisab

d. Terangkan hikmah beriman dengan al-Mizan

e. Jelaskan dua perbezaan antara al-Mizan di akhirat dengan
pertimbangan di dunia.



13) Titian al-Sirat

a. Nyatakan pengertian al-Sirat

b. Senaraikan kepentingan beriman dengan al-Sirat

c. Ceritakan keadaan manusia ketika melalui titian al-Sirat

d. Terangkan hikmah beriman kepada al-Sirat

e. Kemukakan usaha-usaha yang boleh dilakukan supaya berjaya
melintasi titian al-Sirat


14) Kesan beriman kepada hari akhirat

a. Nyatakan kesan beriman kepada hari akhirat terhadap individu,
keluarga dan masyarakat

b. Senaraikan ciri-ciri orang yang beriman kepada hari akhirat

c. Kemukakan langkah-langkah untuk meningkatkan keimanan kepada
Allah.


15) Beriman kepada Qada’ Dan Qadar

a. Nyatakan maksud Qada’ dan Qadar

b. Senaraikan jenis-jenis Qada’ serta maksudnya

c. Nyatakan pengertian ikhtiar, tawakkal dan af’alul-ibad

d. Senaraikan hikmah tawakkal dalam kehidupan manusia

e. Jelaskan hikmah beriman kepada Qada’ dan Qadar

f. Huraikan bentuk-bentuk salah faham terhadap Qada’ dan Qadar

g. Kemukakan hujah untuk menolak fahaman yang salah tentang Qada’
dan Qadar.

Tokoh ( Imam Al-Ghazali)

IMAM AL-GHAZALI:

BAHAGIAN A

Tandakan jawapan yang betul.

1 Apakah faktor yang menarik perhatian para pelajar, ulama dan ahli politik
untuk menghadiri kelas pengajian Imam Al-Ghazali.

A. Ketinggian ilmunya
B. Ketampanan wajahnya
C. Kemasyhuran namanya
D. Kecekapannya dalam berpidato

2 Di manakah Imam al-Ghazali r.h.mempelajari ilmu fekah, ilmu kalam dan ilmu
falsafah?

i. Jurjan iii. Madinah
ii. Mekah iv. Naisabur

A. i dan ii C. i dan iv
B. ii dan iii D. iii dn iv

3 Yang berikut adalah hasil karya Imam Al-Ghazali, kecuali…
A. A-lWajiz
B. Al-Musnad
C. Ihya Ulumuddin
D. Tuhafat Al-Falsafah

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

4 Abu Hamad Muhammad b. Muhammad b. Ahmad Al-Ghazali At –Tusi ialah nama
kepada ______________

5 Imam Al-Ghazali digelar ______________ kerana kecekapan, kemasyhuran dan
kehebatannya membela agama Islam.

6 Sumbangan Imam al-Ghazali yang terbesar ialah mendokong fahaman yang dikenali
sebagai mazhab ______________

7 Kitab karangan Imam Al-Ghazali yang termasyhur ialah _____________

8 Imam Al-Ghazali pernah menjadi pensyarah kanan di ________________ di Baghdad.



BAHAGIAN B


1. Imam Al-Ghazali merupakan salah seorang tokoh Islam yang terkemuka dan
terkenal di seluruh dunia Islam.

a). Nyatakan sifat-sifat peribadi beliau yang boleh dicontohi oleh pelajar
untuk berjaya di dunia dan di akhirat.(4markah)

b) Senaraikan dua jawatan yang pernah disandang oleh beliau.(2markah)


c) Terangkan dua sumbangan beliau kepada tamadun Islam.(4markah)