Monday, August 2, 2010

Ibadah

KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH


1. Nyatakan pengertian fardu ain.
2. Jelaskan pengertian fardu kifayah.
3. Nyatakan dua perbezaan antara fardu ain dengan fardu kifayah.
4. Senaraikan dua contoh fardu ain.
5. Nyatakan dua contoh fardu kifayah.
6. Jelaskan dua kepentingan fardu ain kepada individu
7. Terangkan dua kepentingan fardu ain kepada masyarakat.
8. Jelaskan dua kepentingan fardu ain kepada negara.
9. Terangkan dua kesan buruk seseorang yang mengabaikan fardu ain.
10. Nyatakan dua kepentingan fardu kifayah kepada individu.
11. Jelaskan dua kepentingan fardu kifayah kepada masyarakat.
12. Nyatakan dua kepentingan fardu kifayah kepada negara.
13. Terangkan dua akibat mengabaikan fardu kifayah.



KONSEP BERSUCI


1. Jelaskan maksud bersuci.
2. Terangkan dua akibat jika mengabaikan menjaga kebersihan dalam kehidupan.
3. Terangkan dua perbezaan amalan orang yang bersih dengan orang yang pengotor.
4. Jelaskan dua hikmat bersuci.
5. Terangkan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk bersuci.




BERSUCI DARIPADA NAJIS

1. Nyatakan maksud najis.
2. Jelaskan bahagian najis satu persatu.
3. Terangkan maksud najis mukhaffafah.
4. Terangkan cara menyucikan najis mukhaffafah.
5. Jelaskan cara untuk menyucikan najis mutawassitah.
6. Terangkan cara untuk menyucikan najis mughallazah.

ISTINJAK

1. Jelaskan maksud istinjak.
2. Terangkan alat-alat yang boleh digunakan untuk istinjak.
3. Terangkan syarat-syarat istinjak dengan benda kesat.
4. Huraikan dua bahan yang haram digunakan untuk beristinjak.
5. Terangkan cara yang paling afdal untuk beristinjak.
6. Jelaskan cara beristinjak dengan benda kesat.
7. Terangkan dua hikmat istinjak.


WUDUK

1. Apakah maksud wuduk ?
2. Bilakah seseorang wajib berwuduk.
3. Senaraikan empat rukun wuduk.
4. Nyatakan dua syarat sah wuduk.
5. Terangkan dua perkara sunat ketika berwuduk.
6. Jelaskan dua perkara makruh ketika berwuduk.
7. Huraikan tiga perkara yang membatalkan wuduk.
8. Jelaskan tiga adab ketika berwuduk.
9. Terangkan tiga hikmat berwuduk.
10. Nyatakan dua kelebihan orang yang sentiasa berwuduk.

MANDI

1. Apakah maksud mandi ?
2. Huraikan bahagian-bahagian mandi.
3. Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi bagi lelaki dan perempuan.
4. Senaraikan tiga sebab yang mewajibkan mandi bagi perempuan sahaja.
5. Terangkan rukun mandi wajib.
6. Jelaskan tiga perkara sunat ketika mandi wajib.
7. Terangkan tiga hikmat mandi wajib.

TAYAMMUM

1. Apakah maksud tayammum ?
2. Jelaskan sebab-sebab yang membolehkan tayammum.
3. Terangkan tiga syarat tayammum.
4. Jelaskan tiga daripada rukun tayammum.
5. Senaraikan dua daripada perkara sunat ketika bertayammum.
6. Terangkan perkara-perkara yang membatalkan tayammum.

SAMAK

1. Apakah maksud samak?
2. Jelaskan alat yang boleh digunakan untuk menyamak berserta contoh.
3. Huraikan cara-cara menyamak kulit binatang.
4. Terangkan tiga faedah menyamak kulit binatang.

HIKMAT BERSUCI

1. Jelaskan tiga hikmat bersuci terhadap individu.
2. Jelaskan dua hikmat bersuci terhadap masyrakat.
3. Nyatakan tiga akibat jika mengabaikan kebersihan.
4. Cadangkan dua usaha untuk memelihara kebersihan alam sekitar.
5. Terangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk membersihkan rohani.
6. Jelaskan tiga usaha untuk membina kekuatan rohani.
7. Nyatakan dua usaha untuk membina kekuatan jasmani.

SOLAT FARDU

1. Apakah maksud solat dari segi syarak ?
2. Senaraikan empat syarat wajib solat.
3. Nyatakan tiga syarat sah solat.
4. Senaraikan empat daripada rukun solat.
5. Jelaskan tiga perkara sunat ab’ad dalam solat.
6. Senaraikan tiga daripada perkara sunat hai’ah dalam solat.
7. Senaraikan empat daripada perkara yang membatalkan solat.
8. Jelaskan tiga hikmat solat.


KHUSYUK SOLAT

1. Apakah maksud khusyuk solat ?
2. Terangkan dua hikmat khusyuk dalam solat.
3. Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya solat menjadi khusyuk melalui hati
4. Terangkan cara untuk mendapat khusyuk ketika solat melalui akal fikiran.
5. Terangkan tiga perkara yang menghalang khusyuk ketika solat.


SOLAT JUMAAT

1. Apakah maksud solat Jumaat ?
2. Jelaskan tiga keistimewaan hari Jumaat.
3. Senaraikan tiga syarat wajib menunaikan solat Jumaat.
4. Terangkan dua daripada syarat sah solat Jumaat.
5. Jelaskan tiga hikmat solat Jumaat.



KHUTBAH JUMAAT

1. Apakah maksud khutbah Jumaat ?
2. Jelaskan tiga syarat sah khutbah Jumaat.
3. Terangkan dua daripada rukun khutbah Jumaat.
4. Senaraikan dua daripada perkara sunat khutbah Jumaat.
5. Nyatakan tiga adab seseorang makmum solat Jumaat semasa di masjid.
6. Jelaskan dua adab semasa memasuki masjid.
7. Terangkan dua adab semasa berada dalam masjid.
8. Huraikan dua kelebihan adab solat Jumaat kepada para jamaah.


SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID DAN SOLAT SUNAT RAWATIB

1. Apakah maksud solat sunat Tahiyatul Masjid ?
2. Nyatakan maksud solat sunat Rawatib.
3. Jelaskan bahagian solat sunat Rawatib.
4. Kemukakan dua contoh solat sunat Rawatib.
5. Terangkan dua hikmat solat sunat Rawatib.

No comments:

Post a Comment