Tuesday, August 3, 2010

Tokoh ( Imam Al-Ghazali)

IMAM AL-GHAZALI:

BAHAGIAN A

Tandakan jawapan yang betul.

1 Apakah faktor yang menarik perhatian para pelajar, ulama dan ahli politik
untuk menghadiri kelas pengajian Imam Al-Ghazali.

A. Ketinggian ilmunya
B. Ketampanan wajahnya
C. Kemasyhuran namanya
D. Kecekapannya dalam berpidato

2 Di manakah Imam al-Ghazali r.h.mempelajari ilmu fekah, ilmu kalam dan ilmu
falsafah?

i. Jurjan iii. Madinah
ii. Mekah iv. Naisabur

A. i dan ii C. i dan iv
B. ii dan iii D. iii dn iv

3 Yang berikut adalah hasil karya Imam Al-Ghazali, kecuali…
A. A-lWajiz
B. Al-Musnad
C. Ihya Ulumuddin
D. Tuhafat Al-Falsafah

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

4 Abu Hamad Muhammad b. Muhammad b. Ahmad Al-Ghazali At –Tusi ialah nama
kepada ______________

5 Imam Al-Ghazali digelar ______________ kerana kecekapan, kemasyhuran dan
kehebatannya membela agama Islam.

6 Sumbangan Imam al-Ghazali yang terbesar ialah mendokong fahaman yang dikenali
sebagai mazhab ______________

7 Kitab karangan Imam Al-Ghazali yang termasyhur ialah _____________

8 Imam Al-Ghazali pernah menjadi pensyarah kanan di ________________ di Baghdad.



BAHAGIAN B


1. Imam Al-Ghazali merupakan salah seorang tokoh Islam yang terkemuka dan
terkenal di seluruh dunia Islam.

a). Nyatakan sifat-sifat peribadi beliau yang boleh dicontohi oleh pelajar
untuk berjaya di dunia dan di akhirat.(4markah)

b) Senaraikan dua jawatan yang pernah disandang oleh beliau.(2markah)


c) Terangkan dua sumbangan beliau kepada tamadun Islam.(4markah)

No comments:

Post a Comment